Tuesday, July 27, 2010

MY BED


Hal ini semasa saya menulis blog adalah kerana bos tade, dan saya tade mood nak buat kerja.. maka saya terimpi katil2 yang menarik minat saya.. saya sangat terpegun dan saya akan mencuba untuk mengadakan sendiri di rumah saya.
ini sangat menarik.. lebey2 kalo diletakkan burung kat atas tuh.. hish.. tapi menganggu jugak bunyi bising
ini sesuai untuk aku.. lepas aku training rowing ke.. dragon boat ke.. leh santai..wakkakaka
yang ni plak.. memang kalo aku tidow.. tak bangun dah.. besh weeeeeeei! nak katil macam ni..
 yang ni sangat la santai.. hikhik.. besh.. dah sesuai untuk aku lepas balik keje..
yang ni pun besh! nak macam ni gak. leh release tensen.
 yang ni aku nak beli kepada mak ngan ayah aku.. hikhik
yang ni plak aku  nak beli letak kat hall.. sambil nonton.. leh baring2..
hahahhaha, yang ni pun ade,aku nak belik gak.. tapi untuk anak perempuan akuuuuuuuu! hahahahahahha
yang ni untuk aku ngan bebi satu hari nanti(doakan kami kawen cepat2)!hahaha.. love u my bf! nak romantik ah!
 ni beli letak kat hall.. jimat.. kalo kawan menumpang.. senang tak yah bilik.. wkkakakkaka
yang ni plak bile petang2.. leh berayun berangin sepoi2..
hahahhaa..
yang pasti aku nak semua katil kat atas.. janji selesa untuk badan aku..dan untuk ketenangan! wakkakaka.. besh siot ade katil semua ni.. 
nak la.. nak la.. cepatla ade rumaa..  moga impian aku jadi kenyataan..
amin.

TRAILER


Sunday, July 25, 2010

RINDU PADA KENANGAN


Hari ahad aku tak suka, harini start keje, argh busan nye, hahhaha.. aku nak relax je, sebab tahun depan starting aku keje kuat, sebab aku nak kene bayar macam2 bil...hahha, gila kan.. ni rindu  nak pi kl,( mayb rindu nak jumpa orang sana).hahhha.. bebi miss u sayang!

-------------------------------------------------------------------------------------
smalam aku tengah kemas2 bilik. tetiba tertengok gamba2 masa skola2 dulu... rindunya pada  masa tuh, aku selalu paling meriah kat kelas.jadik ketua kelas paling sporting, ponteng dah kebiasaan(ponteng balik tidow hostel).
wakakkaka.. kepala jahanam ade la.. waktu lunch pura2 balik kelas pi makan..hhaha.. selalu macam tuh.. time magrib selalu ponteng berjemaah, hish.. ape la aku ni..
tapi bab main.. aku lah no 1! 
sanggup tak pi kelas.. tapi pi main ( yang penting aku menten no 1), walaupun pada dasarnya aku ni aku budak sastera iktisas! ( tak pandai mane pun)
cukuplah 3A, hahahhaa...

rindu nak pergi camp, makan megi kongsi2, kene kacau ngan abang senior! paling besh bile aktiviti riadah, aku suka main abseling! whoah.. tapi bile bab ceramah, aku manusia yang suka tido, penah dulu waktu aku darjah 6, aku pi kem kijang untuk kem ape ntah, biasalah wakti subuh, qiamulai.. aku tertidowh waktu ceramah, tetiba dorang tutup lampu..
aku ape lagi tertidow.. tiba2 denga suara orang nanges! hahahah.. ape lagi.. aku tersedar then join nannges la..(ooo rupanya dorangf buat skali ngan majles pengisafan diri)
adoi.. aku ni memang la.. klaka pun ade, sedih pun ade(sebab tak denga ape yang ustaz cakap masa ceramah)

masa kat sekolah menengah aku ni aktif silat terlak empat. tiap kali event mesti aku orang yang tergedik2 duk bersilat, ade sekali cikgu buat camp untuk badan beruniform.. hahah.. aku wakil silat, then ade sekali pertandingan memasak, hmmm.. ade sorang my team die dah siap bawak ikan bilik goreng pedas, ape agi.. kami pun masukkan dalam pertandingan  la.. sekali mennag! wah, gembira..

macam-macam la.. sampai tergelak sorang2 aku nengok kesemua pixx yang ade,

Tuesday, July 20, 2010

GERAM TAHAP NAK BUNUH HARIMAU

argh! tensen nye! aku nak turun berat 20kg  ni!lemak degilll! seminggu 1kg je! haih.,tensen arggggh! memang tak nak makan pape ar lepas ni.. aku dah target ni, sebelum puasa mesti turun 10kg! puasa ade tak sampai sebulan pun lagi, karang balik nak sapu sampah la.. pastuh kemas rumaa! biar peluh! hish... 

nak beli ubat-ubat kurus ni mahal plak, tensen dah ni.. kalo pi slimming pun tentu 1-3k! gile.. nak tak nak, kene usaha cara makan la.. geram!

aku nak kurus,aku nak kurus,aku nak kurus,aku nak kurus,aku nak kurus,aku nak kurus,

Sunday, July 18, 2010

OH, I WANT

OH, i really need new sewing machine! please. i need money to buy this product! really2 needs before i move to new house! i like to use this machine! my machine now is too old for me, but can use for temporary!...

i am not a professional photographer, but i love to use this machine more than a camera!money please come to me!

SAYA SANGAT SETUJU


hahahha. gile punya title.. tapi kan.. weken last week aku duk nonton filem je! banyak donlot ni.. hahhahha.. besh sangat la..sampai nonton 2 3x beb! kalo tak caya korang tgk la juga.. antara cerita yang aku nonton adalah..

KILLERS
sangat la awesome! sebab ade si Ashton ni! wakakakakka...

Then cite "DESPICABLE ME"-bf aku la duk promote, katanya besh! so aku donlot la, hikhik..memang besg! comel!

YES! I'M A GOOD LISTENER

Thursday, July 15, 2010

FINALLY

Setelah mgu lepas memang aku bersusah payah membuat magazine untuk SUK kelantan( Setiusaha Negeri Kelantan),akhirnya pukul 2.30pm harini, dorang datang final. dorang suka my design! OMG! relly2 aman seh! kalo tak tiap2 hari dorang datang sampai aku naik muak!
adjust sana sini sampai aku nak muntah tengok!
eeeeeeeeewwwyoo!
alhamdullilah ade kebahagian harini.. semua kerja customer tak banyak complain.al-maklumlah, aku memang suka design sesuka hati aku.. hahahhaha...
Mgu depan hanya beberapa design yang aku kene siapkan.. tapi.. untuk magazine! aku nak buat  kat  rumah macam biasa la.. sebab komputer lagi stabil untuk design ni.. 
alhamdullilah.
---------------------------------------------------------------------------------------------
tadik masa aku tengah syok dengan si lagu si aiman ni.. bos tanya pasal network printer!

"ainiey, awak reti ke cam mane kite nak buat 2 2 komputer bole guna satu printer yang sama",kata bos
"hmmmm, saya ni bos, bukan nak menipu, design saya reti la sket2! tapi kalo dah macam tuh saya tak reti la",kataku sambil buat muka tak reti

"awak ni malas ni, padahal awak tau", kata bos lagi
lalu aku berkata dalam hati.. bos ni tak reti bahasa ke.. aku ni bukan ambik networking!ko panggil la tec, buat.. ape daaa.. tensen aku! hahahhaha.. nak maki hamun.. tapi control.. sebab ade budak tuh cakap aku ni terlebey cantik plak harini.. 

yeah! biasala.. budak2 ni suka menyakat aku.. hahhaha..tuh yang tajk leh blah! wakakkaka..so skunk ni aku nak sambung keje aku yang banyak ni,.. moga2 siap dengan cepatnya.. 
inysaallah.

SELALU BERLAJAR BERSYUKUR

Hanya seorang yang pemarah yang bisa betul-betul bersabar. Seseorang yang tidak bisa merasa marah tidak bisa disebut penyabar, karena dia hanya tidak bisa marah. Sedangkan seorang lagi yang sebetulnya merasa marah, tetapi mengelola kemarahannya untuk berlaku baik dan adil adalah seorang yang berhasil menjadikan dirinya bersabar. Dan bila Anda mengatakan bahwa untuk bersabar itu sulit, Anda sangat tepat, karena kesabaran kita diukur dari kekuatan kita untuk tetap mendahulukan yang benar dalam perasaan yang membuat kita seolah-olah berhak untuk berlaku melampaui batas.

CINTA TERAKHIR

Monday, July 12, 2010

PANAS

TAK TAHU MALAM NI AKU NAK MARAH SEMUA ORANG, AGAKNYA SEBAB PERSEKITARAN? RELATIONSHIP AKU? ATAU SEBALIKNYA..TAPI MEMANG NAK MAKI ORANG JE NI.. CELAKAK...BODOH! TENSEN NYE, AKU TAK TAHU APE AKU NAK NI...

DEAR AGONY

TAK TAHU NAK BUAT APE

harini bukan hari kedua aku kat pejabat, dah week 7(lebey kuran seminggu lagi cukupla 2 bulan) wakkaakka.. hampeh tol la, tak tahu nak buat ape.. bukan tade keje.. tapi malas nak buat kat laptop.. aku nak buat kat pc je!

argh busan nye.. duk buka fb je! naik busan aku ni.. wakakaka.. pastuh tulis blog! hahahha..
aku duk pilih2 tempat percutian yang menarik dah ni..habes website aku selak..wakakka.. perancangan dah ade.. duit je tade lagi. tapi kalo dapat macam destinasi bajet tuh 300 2malam, besh jugak kan..

tapi tuhla, keje sampai bulan 8 ni, hihihi... nak siapkan keje cepat2, then nak blahhh la.. aku dah tak sanggup nak duk sini lagi ni.. hahhahah.. keje yang tak besh, bukan aku tak nak buat keje, tapi sebab-sebab dalaman yang tak di ingini, hahahha.. malas aku nak layan, kalo die suruh aku buat la.. kalo tak. aku diam je.. sebab aku dah ade project yang kene handle..

wakkakakam bukan ape la beb! kalo lu buat keje banyak tapi tak dibaya, nak ke buat sampai habes intern, hahaha.."ye saya setuju, MONEY IS NOT IMPORTANT" tapi jangan berjanji dengan aku okeyh, walaupun ko tuh bos aku tapi ko tuh sebaya aku je beb! tak payah la cakap banyak.. hhahahahha....(nampak sangat macam luahan perasaan)

nak buat macam mane... aku nak tidowwwwwwwwwwwwwwwwwh!zzzzzzzzzzz

Saturday, July 10, 2010

HOI MY BLOG

hemhem! wakakkak.. harini aku gila kejap! lama tak menulis blog! bukan ape weh!
aku lupa password! hish, ym pun! fb nye pasword je aku ingta sebab kebanyakkan semua pasword adalah berbeza! bayangkan nak ingat 10 jenis password!
wakkakaka, tuhla tak mengupdate blog ni!
aku ni dah busan la intern ni!
wakkakaka, macam tak besh je..!wakakka, bukan ape, tapi macam tak kene ngan selera aku!
aku dah cakap ngan bos last aku pi intern is 12/8/2010!
because aku nak siapkan kerja ngan pc aku!
bukan nye bos tak kasi guna pc kat ops! tapi sloooooooooooooow dee!
tak sanggup aku nak tgu die save & finally aku dapat don't send!
tak macam celaka plak la kan, sampai naik meluat tgk screen gergasi depan aku,
baik aku bawak laptop kecik ni je! kurang2 ade gak fb ke, twit ke, blog ke!
aku leh update! So esok aku macam dah jangka ape nak buat, 
kebarangkalian SUK kelantan nye edesign maybe akan di edit lagi,
mayb abang tuh akan datang jumpa aku..

"hmmm, cik ainiey, saya mahukan kotak untuk title, u bole buat kan,lepas tuh...........bla...blaa..blaaa"

jawab aku,

'baiklah encik, esok datang sebelum lunch okeyh, sebab saya masuk kerja kol 10am... sekali lagi saya ulang 10AM, bukan kol 9am dah tecugok depan pintu opih!haih! 
begitulah rutin aku! sampai naik menyampah. tetapi nak buat macam mana maaaaaa! intern ni..

----------------------------------------------------------------------------

pengakuan berani :
aku ni bukan suka pun kerja design ni, hish naik menyampah dah..
tapi nak buat macam mane, anugerah allah.. aku guna pakaikan untuk masa depan.
ikotkan hati after diploma nak continue business admin, tapi pk masa akan panjang dan tak leh trabsfer credit! huargh! waa sambung dengan niat supaya 2011 waa leh grad la beb!

 -------------------------------------------------------------------------------

okeyh skunk ni, aku nak habeskan semua ni denga cepat pantas dah efisyen! wakakaa.. aku dah malas nak pk banyak bende! otak waa ni kecik je beb!hish. banyak bende ag nak pk! lagipun waa tengah sanggap nak carik duit banya bil2 yang tinggi ni.. 
hish, waa nak korek mane lagi duit,tabung waa pun berat tak sampai 10gram pun!
hish duit satu sen agaknya yang ade!
okeyhlaa, waa nak smayang magrib! hahaha bapak waa dan berdehem2 kat depan tuh! aku ni tak mandi ag, mulaa lah bapak aku cakap alasan tak nak berjemaah!
hahahhahaha.. aini ni, apelah nak jadi ngan ko kan..
 

Monday, July 5, 2010

BUSAN LA DUK KAT OPIH NI

Haa, amek ko.. masa aku duk tulis blog ni pun aku dah ngantuk gile dah.. 
hahahhaha... duk nguap je.. maklumlah harini last day puasa! wakakakkaak.. 
so dah leh lunch! tapi stil kene control makan,,
aku masih nak tergelak ni..  semalam aku pi timbang kat klinik..
terkejut doktor tuh tgk berat aku.. turun 0.1kg je! ahad mgu lepas turun plak 3 kg! 
wakakkaka. baru aku tau  rupanya hari jumaat aku pi balon nasi umah makcik aku.. 
nak ratah ayam kan.. macam pelik plak.. amek la nasi..
walaupun selepas tuh aku buang jugak akhirnya!
wakakkaka.. tapi tuhla macam nak tergelak pun kan...

Aku ni semalam bz la.. harini tade keje, nak siapkan log book je, pastuh nak siapkan project!
aku ni habes awal intern.. tgh bulan 8 dah tade dah!
wakakkakaa! harini aku duk wta tugas mengecop aku nye log book!
wah.. besh la.. bos bagi kepercayan aku cop dan sain..
tapi aku ni jujur, mane leh.. tipu tuh!..
bebi men la sembang ngan honey ni!
honey busan la,,
meh la..meh la..
ngantuk ni..
okeyh.. setakat ni sahaja.. aku nak sambung tidowh..


hahahah, sori la erk! kualiti webcam tak besh! hahahahha..
tapi harini aku tetap senyum walau ngantuk tahap gaban.

Saturday, July 3, 2010

PENING

Harini kepala aku berputar-putar, duk pk adik aku (angah) duk mintak je duit ngan bapak aku, katanya tak cukup kat Keningau!Aku pun tak tahu sejauh mane kebenarannya! Tapi dah jadi cikgu kena la ade duit, kalo kocek kosong cam mane nak mengajar! perut lapa.. aku ni kesian, dan pada masa yang sama aku pun pk nak tolong aku ni, tapi aku tak tahu macam mane, upah menjahit aku bukan la banyak sangat pun sebab memang skunk ni aku tak amek banyak, takot tak sempat! Hish macam mane ni,,

Bulan 9 ni, aku dah berpindah ke KL, insyallah aku sewa bilik kat sana dan permanent! sebab aku nak keje, kat MMu pun sem depan bukan banyak subjek pun, So aku tepk alangkag baik aku bole keje, okeyh tutup cerita pasal rumah sewa,

Yang sekarang ni haa, Aku kene cari duit nak bayar bil.. Bil tepon ngan bil ternet!omg dah bulan 7 ni, mane nak cekau duit ni, duit simpanan aku serius dah habes buat tambang pi KL, pi Terengganu.. Nampaknya aku kene menyimpan balik ni.. aduhs  macam mane nak kasik duit makin banyak ni, bukan makin kurang!

Aku dah pening pk ni.. hish.. tak tahu nak buat ape... Argh... baik aku tidowh la dulu, kot2 sok pi keje, bos bagi elain praktikal.. amin,.

Friday, July 2, 2010

WAKAF BHARU - KL SENTRAL - TAMAN MELATI - KL SENTRAL - WAKAF BAHRU

Perjalanan aku 3 hari je, dalam tren amek masa hampir satu hari, mau tak.. pergi saja dah 12jam, balik plak 12 jam..
Hari Selasa aku bertolak ke KL - naik tren kat wakaf bharu pukul 6.15pm, sampai esoknya kol 8.30am, dengan niat ingat my boy dah ade kat KL sentral, tapi dieeeeeee lambat. mau tak.. die nengok bola, then bangun lambat! hahahhah dapat la aku on kejap ym ke.. fb ke kat sana..
sambil nunggu die.. peh! lama gak la. siap ym ngan illa, webcam la.. hahaha..fb macam2 status dah naik turun, macam download plak kan.. hahhaha.. siap donlot lagu ag! then lepas tuh die datang la..
dengan sengih2 lambat2! berdebar2 aku nunggu die.. maklumlah lama tak jumpa dia..
aku masa tuh lapa gile.. so decide nak makan kat central market!
TAPI
aku pi jumpa kawan aku dulu, mektie! harituh masa die kawen aku tak sempat pi.. sebab ade masalah.. siyess! 
aku pi jumpa dia sebab rindu die, den nak kasi hadiah walau tak mahal mane pun!
Jumpa la die kat tempat keje die.. masa tuh dah 11.30am,
so ape lagi alang2 dah nak lunch! ajak la makan sekali kat sana..
pastuh borak2 punya tak seda dah kol satu, kejap je sejam tuh! 
hahahhaha..
banyak sangat story!
hish..
rindu la.. nanti la.. before dapat anak.. kite lepak, kang dah ade anak susah plak.. nak kene jaga bebi la..
hahahha.. miss u la mekti..

then after makan, pi jumpa kawan aku yang aku nak menumpang kat setiwangsa, amek kunci.. pastuh balik

--------------------------------------------------------------------------------

Esoknya aku kuwa awal dulu sorang2 sebab nak beli tiket balik harituh jugak,
pi la kl sentral, peh naseb baik ade beb!
tapi tiket saje dah 100hengget! hish.
kopak den..yang naseb baiknya..
semua perbelanjaan makan, minum, nengok wayang, tiket tren, my boy yang bayar
really appreciate dan terharu sangat..
kat TS aku nonton ZOO, tapela.. sebab die banje.. aku just follow je!
hahahahh, sori ye sayang!
no bad la cite tuh.. 
pastuh aku balik kemas2 then pi KL sentral, die hanta aku..
waaa wa cakap sama lu,waa sdey nak pisah ngan my boyfrinds  lo, 
wa nak nanges, waa kover2 depan die.
lambat ag la waa nak ketemu..
rindu waa ni pun tak habes ag! argh..
miss u, love u sayang!

----------------------------------------------------------------------------------

okeyj, harini aku dah kat rumah, punya la lambat sampai, then harini plak kat wakaf bharu tuh ade orang bukak pasar la kan..
peh susaa nak dapat teksi.. lalu aku jalan kaki.. hampir 1km nak tahan teksi.. adesh.. 
penat aku ni tak habes lagi.
dah la pakai selipar tinggi!
wakakaka..
balik2 tade orang, tinggal ade pempuan aku yang bongsu je
yang len sume pi umah nenek aku..
hahaha
tapi mak aku masak..ayam masak pedas! 
wakakka..ape lagi..
aku balun la.
ni dah tak tahan aku ngantuk. makan ayam banyak..
tidowh dulu la ye!