Wednesday, August 7, 2013

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN

Bismillahirahmanirahim

Ya allah, Kak Eny hidup lagi di dunia ini, Alhamdullilah! Memang lama benar Kak Eny tak update blog! KEKANGAN masa! Yes.. Memang, 8 bulan.. hidup dalam bukan kewarasan, macam2 dugaan yang datang! Mana nak jaga kedai! Mana nak setel masalah! Ya allah.. Memang ALLAH betul2 uji!

Semalam, 6/8 selepas Kak Eny setel menghantar Lappy yang dipesan oleh CLIENT! masa tuh juga Kak Eny DECLARE diri sendiri untuk cuti raya! Bukan apa.. Masih ingat Kak Eny lama tak jumpa MISS EDDOT, dia ada mintak tolong Kak Eny tolong dia masak,, Memandangkan Kak Eny free, INSYAALLAH...

Tahun ni raya Kak Eny memang sederhana! Tade baju raya.. Tade Kasut baru, Tade beg! Kue2 semua! 2 orang adik Kak Eny masih kerja pada hari raya! Dah naseb merantau! Kalo tak rasa jauh ngan family bukan lumrah hidup!

Kak Enu rasa dah macam busam duk KL ni, kalo nak ikotkan lebih kurang lepas raya 2003, masa tuh juga Kak Eny 1st time melangkah KL, itupun selepas Kak Eny habes amek PRA DIP kat Kota Bharu, Kak Eny datang KL sebab ikot makcik Kak Eny kerja KILANG kat Damansara. Almost 10 years. Kak Eny memang dah pk masak2 Kak Eny nak balik berjasa pada tanah tumpah air Kak Eny sdiri plak. KELANTAN.

Insyaallah, kalo tade papa halangan, bulan 9! Semua itu kalo dah setel berkenaan dengan semua kerja2 pengubahsuaian kedai kat KAMPUNG.. DOAKAN semua terbaik...

Kak Eny disini NAK ucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN kepada semua mereka yang pernah jadi kawan Kak Eny dan pernah kenal Kak Eny!
Semoga kalian semua berada dalam keaddan sihat sempurna!

Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment