Saturday, April 23, 2011

KUWA DENGAN BFF

Thanks semua untuk kawan-kawan baik saya,,, Kakcik, Mekros, Wec and also Mek jeni..
lama dah tak kuwa ngan dorang ni.. Untuk tahun ni.. saya ada masa kuwa ngan dorang lagi.. tapi tahun depan tingal aku bertiga sahaja.. iaitu Aku, Mekkcik dan juga Mek jeni.. 
 
Mekros ngan Wec die nak kawen lepas raya ni...
dorang dah tak singgle dah.. nak ajak kuwa pun kene laki dorang bagi izin.. pape pun tahniah untuk koranfg.. leeya pun sama.. kawan baik  masa UNIKL.bulan 7 ni di jangkakan kuwa bebi.. hikhik..
pape pun thanks for everything...
Lepak makan bakso.. yang kat sini je makanan murah.. hikhik..sedap plak tuh...best sangat....hikhikhik...

Ni pixx masa kat Times Square, Thanks ye kawan-kawan..Kamu semua adalah kawan saya dunia dan akhirat..Semoga kite berkawan sampai Dunia Dan Akhirat.



Friday, April 15, 2011

BILE HATI KATA MALAS

Harini ada masa sket on9, hahahaha.. aku kusyuk sangat depan pc buat keje campur men games!
wakkakakaka.. hmm  mgu depan ade critiq 2(sesape yang tak tahu bende ni adalah presentation besar,untuk my fyp.aku pun tengah stress)

Kalo nak ikotkan no, aku no 4! tak tahu rawaknya cam mane.. tapi tuh la.. aku pun kene paham.. awal tuh bagus.. lepas setle sume aku leh blah.. sebab utama nak blah, tak nak tengok projek kawan2 yang gempak! wakkakakakkaka.. hmmm last year masa presentation FYP! aku no 28.kalo nak ikotkan date aku last presenter  slot pukul 4! tapi this sem ter balik.. aku 1st perempuan yang present! wakkakakkakka...
keje aku takdela power sangat. buat animation wall. tapi.. yang critiq 2 ni mark die 30%(kalo tak silap) ape bende nak tunjuk lagi beb!

aku tengah berdebar ni..hmmm. .semoga allah permudahkan semua.. amin...


Note :
Rindu plak dengan mekcik ni, kata nak datang, tapi terus balik.. kecewa.

Wednesday, April 13, 2011

KISAH AKU

Skunk ni aku tak tahu nak buat ape? selak2 internet terpandang satu atikel ni, pasal pengguguran bayi, aku suka plak baca2 bende2 cam ni, sebab aku  memang suka budak.Lagipun bende2 cam ni bagus untuk aku, mengimsafkan aku, aku nak sangat jadik anak yang baik pada mak ayah aku, isteri yang baik pada bakal suami aku, aku nak berubah, berubah jadik baik, aku tau mak ayah aku siang malam doa untuk aku..ya allah,tolonglah aku ni....
dalam pada tuh jugak, semalam aku ade baca magazine i-islam pasal Asraf muslim, best sangat artikel tuh.
sume tuh ade kat sini..

Yang pasal perkhawinan tuh pun besh, artikal penuh kat sini=>Love islam, tapi aku ade kopy sket..

Perkahwinan bukan perkara yang boleh dibuat main-main. Perkahwinan adalah satu ikatan suci yang sangat digalakkan dalam Islam. Namun, zaman sekarang adat lebih dititik beratkan daripada agama.
Urusan perkahwinan di Malaysia khususnya 'disusahkan' kerana terikat dengan adat. Majlis dilakukan secara besar-besaran walaupun sumber ekonomi tidak mengizinkan. Kebanyakan daripada pasangan "terpaksa" mendapatkan duit beribu-ribu sehingga sanggup berhutang semata-mata kerana untuk menunaikan tuntutan "adat" dan mengabaikan tuntutan agama.
Mereka mereka yang ingin berkahwin dihantui dan dibelenggu dengan masalah kewangan. Ada juga yang ditegah untuk berkahwin disebabkan masih bergelar pelajar, masih muda dan sebagainya. Jadi tidak hairanlah, gejala negatif ini berleluasa tanpa dapat dibendung.
Salah satu kaedah untuk membendung gejala ini adalah dengan memudahkan prosedur sesebuah perkahwinan. Jika sesuatu pernikahan dijalankan mengikut syariat Allah, sudah pasti kecerewetan tidak akan berlaku lebih-lebih lagi dalam urusan hantaran, kenduri, persandingan dan sebagainya.
Andai semua urusan berlandaskan syariat, InsyaAllah dapat membantu dengan adanya "BARAKAH" dalam hubungan tersebut.
Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda, "Jadikan (adakan) pernikahan sekalipun dengan hanya menyembelih seekor kambing".
Selain itu, masyarakat sekarang lebih suka meng'YES'kan yang negatif, contohnya ibu bapa membenarkan anak bercinta. Trend sekarang katanya. Mereka lebih mudah mengikut tatacara hidup jahiliah yang lebih "bebas" dan lebih "mengikut peredaran zaman".
Tambah Cikgu Ragu, sekarang ini semua orang kurang penghayatan dan hormat terhadap agama. Lebih suka menunding jari. Jadi, masing-masing perlu ubah diri sendiri dulu, ubah nasib keluarga, baru boleh fikir untuk memiliki keluarga sendiri.
Jadi, apa yang dapat disimpulkan di sini, pokok pangkalnya kita perlulah kembali kepada agama, seek for His guidance. Ini bukan masa untuk kita buat dosa lagi. Islah itu atas diri sendiri. Seimbangkan rohani dan jasmani. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan, insyaAllah. Saya sekadar berkongsi apa yang saya dapat daripada talk itu. Semoga sama sama dapat manfaat.
InsyaAllah.

Monday, April 11, 2011

JAGUH KAMPUNG

hahhahaha, ni aku dah tade keje, ni masa aku skolah2 dulu, men volleyball, selalu wakil sekolah, tapi memang lama sangat dah pixx ni, rindu la kat kawan2 dalam ni, mane ntah sume, 
rindu ar...              

RAPID PASS

Tadik aku pi Pasar Seni,amek pass Rapid yang bertahun aku buat! Wakakaka....Dah tengok pixx yang tertepek kat Kad, tak cantik pun, dia pakai Webcam..wakakkaka.. Tadik dah test,tapi die ade problem sket! ngan bas lagila.. macam tak detect, tapi ok.. Driver kasik naik je, ini kad tuh,layan sudah...

ini adalah MMu kad aku, a TM university gitu, waakakakkakakakka.. pixx sini okeyh skey...Ni tengok Rapid punya kualiti...

hahahhahahhahhahahaaha, tengok muka aku, macam gangster beb!wakakakakaka, klaka, tapi yang paling besh aku graduation bulan ni, so kad ni aku leh pakai sampai setahun, jimat tmbag keje aku.hikhikhik.. 

okeyh, sekian.

Sunday, April 10, 2011

AIR MATA

Dah lama rasanya feel macam ni,
sebak...sentap, time memang aku betol-betol perlukan orang untuk happykan aku.. 
Mula la aku teringat 2 orang yang selalu dengan aku :

Ayah :
Selalu tolong aku bile aku call
(Terasa macam derhaka plak aku, Telefon ayah bila nak duit je,Ayah aku pula tak penah merungut, Sekali tuh penah aku call ayah.
 
aku : ayah, ainiey nak mintak tolong ayah.
ayah : ape dia tuh ainiey.
aku : ainiey tengah sesak bulan ni ayah, bole tak ainiey pimjam duit
ayah : aini,ayah tak penah anggap aini pimjam, nanti ayah bankin.. takpayh pk sangat la..
 
Sebak kejap,lepas aku letak telefon, aku nanges... sdey sangat.. dh besar masih lagi cari ayah)

Mak :
Orang yang buat aku kuat, tabah...
(Mak lain macam ayah, mak memang tak keje, mak suri rumah sepenuh, makan pakai ayah ngan adik2 aku sume dia buat, aku tade orang gaaji.
 
Tapi mak aku selalu doakan aku, SELALU.. ade sekali tuh aku cuti, aku balik kmpung, aku bangun aku lalu nak pi toilet, aku nampak mak nanges masa doa, masa tuh pukul 2pagi.
 
Bagi adik-adik aku dorang dah biasa, sebab mak aku memang selalu bangun buat macam-macam solat, doa dia buat aku berjaya.. DOA mak aku...
 
Dulu masa aku putus  tunang,mak aku refer dulu, aku tak tahu na buat cam mane dah,tapi mak cakap
 
Kalo sekarang die tak leh jaga ati ainiey, kawen nanti macam mana.Aku diam je, Memang semua mak buat, nak ngadu kat ayah aku takot.)

Sambung balik, pasal harini, aku tak tahu nape aku sdey sangat. Sdey tak macam biasa.. Dulu maksud aku, 3 tahun lepas aku selalu nanges. Dah lama aku benti,harini plak jatuh air mata aku..

"Ya allah, Kalo betullah semua takdik aku memang macam ni, Engkau permudahkan semuannya Ya Allah,

AWESOME BIG MOMMA

EMAK, TERIMA KASIH

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
 
Kos upah membantu ibu:
Tolong pergi kedai : $4.00
Tolong jaga adik :$4.00
Tolong buang sampah : $1.00
Tolong kemas bilik : $2.00
Tolong siram bunga : $3.00
Tolong sapu sampah : $3.00

Jumlah : S$17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
 Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis'Telah Dibayar malah terhutang ' pada mukasurat yang ditulisnya.
 
Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab, "Ibumu(dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."

Friday, April 8, 2011

LOWER SIX

Harini aku tak buat pape pun, Sekali terpandang pixx Old Skool.Ni masa tahun 2003.Aku dapat masuk lower 6.Berbaloi dengan SPM aku.hahaah.. tapi tak blahhh.ade mgu orientasi  plak.aku ape lagi.. kena pakai tag nama yang sebesar alamn.Orang duk sebatu dah nampak nama aku.

Tapi tak lama aku kat sini.Sebab aku masuk UNIKL.3 bulan je kot.
Tapi aku rasa  jugak blaja Sastera.1st time dalam hidup kot.Ekonomi susah.. Duk main tukar kelas je. Nak buatcam mane.. Masa SPM ekonomi cukup2 makan..wahahahahha
Layan jela OK.

YA ALLAH, PERMUDAHKAN AKU MENJALANI KEHIDUPANKU SEHARIAN - AMIN

Manusia: "Eh dah subuh dah?"
Malaikat: "Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu.."
Syaitan: "Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ni...awal lagi...zzzzzzzz"

Manusia: "Nak makan, laparlah"
Malaikat: "Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... "
Syaitan: "Ahh, tak payahla... dah lapar ini!! Mmm..sedapnyaaaa"

Manusia: "Hari ni nak pakai apa ye?"
Malaikat: "Wahai anak Adam, pakailah pakaian yg menutup aurat"
Syaitan: "Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!"

Manusia: "Alamak, dah lewat!"
Malaikat: "Bersegeralah wahai manusia, nanti terlewat ke pejabat.."
Syaitan: "Ahhh awal lagi..mmm..aaahh? Suruh si X, punchkanlah"

Manusia: "Azan sudah kedengaran.. ."
Malaikat: "Wahai anak Adam, segeralah menunaikan kewajipan"
Syaitan: "Baru pukul berapa..rilexlah. .awal lagi nieii"

Manusia: "Eh, eh... tak boleh tengok ni, berdosa..."
Malaikat: "Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui!"
Syaitan: "Perggghh.. best tu...rugi ooo kalau tak tengok nie.."

Manusia: "Saudaraku sedang melakukan dosa"
Malaikat: "Wahai anak Adam, cegahlah ia.."
Syaitan: "Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh"

Manusia: "Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain".
Malaikat: "Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu.."
Syaitan: "Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2..pandai2lah?

Manusia: "Aku telah berdosa.."
Malaikat: "Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun... "
Syaitan: "Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali.rugila. ..(kalau sempatla ha ha)"

Manusia: "Kalau pergi disko, mesti seronok!"
Malaikat: "Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .."
Syaitan: "Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh"

Manusia: "Uuhhh letihnya arini..tak solat lagi nieee"
Malaikat: "Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu..."
Syaitan: "Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah) untukmu..."

Thursday, April 7, 2011

TEPONG

5,533.97 for MMU before graduation.congrats...... cepat-cepat tekan no telepon mummy and also daddy :

tukang tepon : daddy ni MMU kata 5533.97 sahaja.
daddy plak kata : Tahniah tukang tepong, dah lama daddy tunggu khabar"GEMBIRA"..

dalam hati, kesian bapak aku..