Assalamualaikum....
Dah petang rupanya.. saya masih di depan pc, menyiapkan paper exam untuk student saya. Semua ini adalah kertas midterm, banyak tak juga.. 5 subjek yang semua memang ada test. Asalnya.. saya nak kene buat 3, tapi bila check MQA.. semua kene exam, Arhghh.. isokey! Ini adalah cabaran untuk saya. Saya suka... Saya mahu....
Dalam hidup saya, saya ada banyak bende pantang yang memang saya menyampah orang buat... Saya tak tau la.. nak explain ke? atau macam mana, tapi mgu lepas.. memang hidup kelam kabut sangat.
Saya tak suka mulakan sesuatu pekara yang buat orang terasa hati, Tapi andai kata dia terasa hati, seseorang itu mesti tegur saya, Bukan menunjukkan protes seperti Abu Jahal terhadap Nabi kita Muhammad.. Saya manusia biasa je pun, Bukan malaikat.... Setiap ape yang saya buat kekadang bukan semua betol, tapi tak semua salah, Selagi masih waras, selagi itu saya boleh berfikir..
Penat saya berfikir, siang dan malam, teringin nak jadi macam , Suzie Cellini, Hazlini Dahlia,Zulaikha, terbaru pula, Syafawati dan Rosniza, Tapi belum.. belum mampu, Mungkin ini ujian terhadap orang yang terlalu banyak berbuat dosa, Pernah juga saya cuba untuk mempercepatkan ape yang HARUS, (sebelum itu kepada anda yang pergi Kursus Perkahwinan tahu semua ini).Pernah saya cuba mengaturkan semua, tapi mungkin bukan masa saya lagi... Selagi saya seorang yang berusha bukan kedua pihak, tak kan ade bende yang sempurna berlaku..Mungkun betol.. betol saya harus betolkan keadaan, Balik ke pangkal Jalan, macam mana pada 27/2/1985 seorang hamba Allah SITI AMINAH MELI melahirkannya,. SUCI, BERSIH...
Siang malam beliau mendoakan saya, tapi sebab iman yang nipis, selagi itu saya masih rasa tak tenteram...Macam mana hati batu MOHD GHANI SEMAN jadi seperti sutera, selama itu saya kagum dengan SITI AMINAH yang hanya melahirkan saya.. Lagi Untungnya AMINAH dan ABDULLAH yang melahirkan anak yang menjadi Nabi akhir zaman.
Tade manusia kat dunia ni, berhati batu, Sekeras-keras hati MOHD GHANI berjaya di lembutkan oleh SITI AMINAH, selama 15 tahun berdoa, siang malam, Aku percaya itu, sebab aku melihat sendiri, Sama je dengqan aku harini, sekeras mana hati aku, isnyaallah doa IBUBAPA juga yang berjaya lembutkan. Kalo memikirkan anda seorang yang bertanggujawab, Rasanya sudah tiba masanya..
Tetiba teriingat kisah seorang pejuang islam
-----------------------------------------------------------------
“Habis mengapa putus?” “Kami putus kerana dia ada jalan tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia selesa dengan gayanya. Lepas, bebas. Jadi kami berpisah setelah 10 tahun bercinta.” Wah, ini kisah cinta yang dramatik!
Saya tidak sangka sama sekali dia yang selama ini kelihatan begitu iltizam, tegas dan berwibawa pernah melalui tragedi cinta. Isteri Amanah “Itu kisah sebelumnya. Tetapi bagaimana dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?” kata saya beralih kepada maksud asal pertanyaan.
“Setelah putus, abang terus pinta guru agama carikan jodoh. Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa diganggu gugat lagi oleh emosi cinta.” “Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru? Tidak di benarkan?” “Itu keputusan personal saya.
Guru memberi kebebasan. Mahu melihat dulu, silakan. Tidak mahu, tidak mengapa.” “Dan abang memilih untuk tidak melihat. Kenapa?” “Eh, kamu masih tegar dengan soalan asal? Begini, bekas kekasih abang dulu sangat cantik.
Abang takut perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan. Takut-takut, bakal isteri tidak secantik kekasih lama. Jadi abang tekad, nikah terus tanpa melihat wajahnya.” Saya terkesima sebentar dan dengan pantas saya bertanya kembali, “Tetapi abang akan terpaksa juga membuat perbandingan setelah bernikah bukan?
Setelah nikah, abang akan melihat wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang juga.” Sekali lagi dia senyum. Matanya bersinar-sinar dengan keyakinan. Jauh di lubuk hati, saya mengakui, dia memang bercakap dari hatinya. “Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dengan wanita yang telah kita nikahi…”

---------------------------------------------------------------
Buat rakan-rakanku yang mungkin sedang mencari jodoh atau telah bertemu jodoh, aku doakan agar kalian memperoleh jodoh sepertimana yang diinginkan olehmu.
No comments:
Post a Comment