Tuesday, August 10, 2010

RAMADHAN DATANG LAGI

Firman Allah S.W.T:
“     “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)     ”

Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
“     " Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."

Kerugian meninggalkan puasa Ramadhan

Pahala puasa Ramadhan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, bukan saja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Yeayy! suka sangat, akhirnya tahun ni dapat saya beepuasa di rumah! finally setelah bertahun2 saya di kota menyambung pelajaran diploma dan degree!hmmm, tahun ni best jugak la,... tapi banyak cabaran..di sini la saya ingin belajar bersabar! selalu sangat mood saya kurang menentu..saya pun tak tahu.. malam ni syaitan dah kene ikat.. saya harap semua apa yang saya buat adalah ikhlas kerana ALLAH, dan di terima NYA.Saya dengan azam baru. ingin membuat semua dengan baik.saya berharap tahun banyak amalam yang baik2 saya lakukan..insyaallah, dan yang paling penting saya nak khatam quran.sdey la bile tiap2 tahun saya tak dapat habeskan...insyaallah tahun ni saya akan usaha habeskan.ya allah, aku memohon kepadamu.. ampunkan dosaku ya allah..
Amin..

 
 

No comments:

Post a Comment