Sunday, September 26, 2010

MY NAME IS KHAN

Wah, aku tengok cite HISDUSTAN harini beb! wakakaka... SI FATIN la ni, duk promote, teengok jugak aku.. yeah..  Sdey la wei.! nanges aku sambil nengok nye..NOT BAD.. okeyh la ...
hahahha, isi masa lapang, Banyak ag tak nonton filem dalam EXTERNAL 1 TERA aku tuh..


WIRELESS

Sigh, susahnye nak dapatkan WIFI, naseb depan rumaa ni laju! wakkakakaka. lepak je la sini.. tapi tak ramai orang plak.. tensen je.. hahahha.. 
tape, janji dapat on9! yehaa... 
PAKWAN is better dari MC'D! hahahhaha...
malas nak beli BERUKBEN, wakakkaa. orang cakap tak bagus.. 
so tapela. aku pun bukan nak on9 sangat pun.. hahahahhaha

NOTE : Doakan aku ye kawan-kawan.

THE TIRED WEEK

Okeyh, last week actually sangatla penat! orang buat kerja last minute memang cam ni, hahhaha.. aku nitak reti nak berubah, padahal tahun ni dah last year aku amek DEGREE! omg! dah nak grad! tak sabar.. masa tuh la..  aku nak cari duit kerja...hmm, berbalik pada last week, aku kene presentation dekat FCM, Maklumlah.. aku ni baru lepas intern.. Hari Ahad aku dah bersiap2 dah.. ingat nye pagi Senin nak gerak awal la... Kol 8am cam tuh, sebab Start De- BRifing pukul 11am...

Okeyh, Nyesal pun ade gerak pagi. FULL gile TREN.. nyampah aku, naseb la beg tak besar kan.. setakat bawak selai baju je.. sebab aku pk, hari Selasa nak kene balik kl semula.. Amek barang yang ayah aku POS.. then nasib baik jugak MIRA free. then mintak tolong die la..

Pagi De-Brifing(maksuh aku Monday Morning la kan) naik bas kat Pasar Seni, Sakit perut YA ALLAH, tuhan je tau, dah la aku amek bas kat PS.. so nak kene tahan sampai ke PS ( PUTRAJAYA SENTRAL) sampai sana, pi sana.. bole plak terjatuh dalam LIFF, dah macam nangka busuk plak.. Cover malu, aku naik CAB, mau terkejut skarang dah RM13 woooooooooo! dulu RM11 je, waa cakap waa nyesal.. tapi tapela.. EGO punya pasal.. sampai MMU, naik bilik ILLA LABELLA, hahhaha. tingkat 3 beb, sampai tak terkata aku.. mengucap penat.. hahhahahaha.. nampak ILLA tgh sidai kain.. Fuhh lega!

So jumpa la kawan2 masa DE-Brifing! hmmm, salam2 ade la juga, al maklumlah raya tak habes lagi.. Okeyh, Balik bilik MOODY.. rupanya BENDERA MERAH! hahahhahaha.. malam tuh tidow bilik ILLA.. sampai bole kenal dengan RUMET baru die.. INTAN ape ntah. (lupa).Esonya ke KTM bersama MIRA EDORA ni.. angkat barang balik rumaa aku kat KL.. dah tuh terus balik cybet! Aku bole ajak MIRA pi beli CAKUI (depan UNITEN) pastuh pergi tibai satu MURTABAK.. besaaaaaaaaaaaaaa woooooooo!.. hahaha. last2 tak habes. hmmm..

Esoknye memang tak kuwa bilik la aku ni.. siapkan SLIDE untuk presentation Kames nye.. tengok sume orang kata okeyh je. so aku rilek sudah! wakkakaka.. tade la sampai aku ni last minit, agaknya sebab bukak FB la sume jadik alpa.. lupa nak siapkan kerja.. The best is aku ni macam jakun baru dapat CYBER TRACKER! hahahahha.. pape pun thanks abang sab.. bole la lupakan keboringan di MMu, yang paling best!. aku ni sampai sana..banyak pulak la mengidam, almaklumlah. aku dah lama tak lepak sana. Nak makan NASI GORENG KAMPUNG HB3, WANTAN HB3, yang paling besg TEH AIS HB3! hahahha.. Tapi aku ni tengah dietttt! wakkaka....

Masa presentation cuakmye ALLAH je tau.. DUP DAP! Tengok ILLA present. okeyh. aku bole buatnye.. alhamdullilah. akhirnya setel.. merdeka...........

Tapi the best Question when i reach in MMU, some people ask ME ", Aini, kene dera ke? Nape susut gile.. Then jalan lagi..", Eh aini, ko kurus la skunk? nape? ... Then jumpa kak siti.. "Aini nape kurus, ke baju ko yang kecik.. hahahhaha.. aku dah tergelak ni.. tapi memang pun aku rasa susut sket., diet bagai nak mampus.. ni pun aku tgh diet ag, NAK kurus macam model2 tuh.. hahha. bukan nak jadik model.. tapi nak kurus macam  tuh..  Okeyh la.. itu je. kalo nak cite banyak sangat.. takot tak larat orang nak tengok. daaaaaaaaaaaaa


NOTE : Balik Kl terus pk ape la naseb FYP aku,

Saturday, September 11, 2010

SYAWAL PERTAMA 2010

Harini hari raya, wah sonok sangat.. mau tak..sebulan puasa, control makan beb.. hahhha, nak tergelak aku..pastuh syawal pun aku kuren suka.. bukan tak suka ape..tapi salah aku..sukar nak kawal selera makan aku ni.. mesti main lantak je.. al maklumlah.. selama ni makan tak banyak..

Semalam tgh malam aku tidow.. mau tak. kemas rumaa macam biasa sampai kol 12 malam.. bunyi merian lepas magrib, berdentam dentum.. hahahha.. klaka.. macam nak kiamat rasa.. yela, sebab dah maca berperang.. aku sempat la layan sket..

Bangun pagi dah lambat..kol 7am..siap2 kol 9am pi solat raya.. paastuh pergi rumaa makcik, depan rumaa aku je..Sebenarnya raya pertama ni tak besh sangat, sebab mak ayah aku selalu pi rumah nenek aku di PULAU BELURU... aku tak pi. jaga rumaa, sunyi la.. naseb ade BEBI, die teman msg aku..hahaha.. thanks saynag.. tapi sempatla aku amek pixx kat area2  malam raya dan hari raya petama.....layan ok..

 NI MAK AKU.. PUAN SITI AMINAH MELI
INI PLAK KEZEN AKU, MOHD ANAS! SUKA SANGAT PEACE

Rumaa aku tade kue yang best2 pun, raya pertama kan.. sok baru nak readi ngan yang sedap.. takat harini ni jela yang aku ade.....
Ni jela untuk hari raya pertama yang tade orang datang rumaa! wakakakka.. malas nak beli banyak2 kuih raya.. kot2 tak habes mcam taun lepas..wakakakkaka.... pape pun.. Aku nak ucapkan Selamat hari Raya Maaf Zahir batin kepada kawan2 aku dimana jua Berada.. Maafkan Aku..
Peace!

INI NAMANYA TADE KEJE

Busan punya pasal, aku amek pixx sendiri walaupun adik-adik aku duk perli.. wakakak..sambil2 nonton DUYUNG, tade keje.. upload la pixx ni.. layan jela ok..




Note : wakkakaka.. pixx Hari Raya Ke2! wakakakak.. ni tade keje wei! Mohd Farid..Cantik takpixx kakak mung!

BERBUKA PUASA BERSAMA NUR ELIANES 06/09/2010

Bende ni sebelum raya ag, tapi baru nak upload.. sebab bz sangat, banyak keje nak buat! masa ni saje nak berbuka puasa ngan kakcik sambil2 ajak die tidowh umah aku.. Finally berjaya..Tengahari pi amek dia kat Opih lama aku, then pi merempit kat Al-Ikhsan, carik selipar raya, skali tade plak.. tapi kami terus pi TESCO! cari barang abesh jugak puluh....

Then terus pi KENNY ROGER'S! Berbuka kat sana..kenyang....alhamdullilah, ni layan jela picture kami...tak banyak mane pun...
Ni jel picture yang sempat snap.. kamera habes bateri! Pastuh merempit..Balik rumaa.. hahahha.. sambung wat popia woo..



Note : Pengalaman yang besh dapat berbuka dengan kawan-kawan..

Friday, September 3, 2010

KELEBIHAN SEORANG WANITA

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Tuesday, August 31, 2010

APA YANG LELAKI PATUT TAHU MENGENAI WANITA...

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
 
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
 
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
 
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
 
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
 
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
 
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
 
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
 
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

+ Credit to Cik Mona

Saturday, August 28, 2010

3 HARI DI KUALA LUMPUR


Harini hari kedua aku di kl, smalam sampai sini naik tren dari Wakaf Bharu, penat gile babeng! tapi at least ambik tempat tidowh! alhamdullilah.

Smalam aku pi terus rumaa sewa, pi KTM ambik barang, Ya allah, penat, letih, semua ade! tapi puasa punya sabar la akuni...Sehari di rumah baruku kemas,ya allah sakit belakang, petang pergi carefour wangsa maju beli tilam ngan almari, habes duit bajet, 5.30 ke MMu, ade makan-makan dengan mira semua.. waaaaaaaaaa..thanks...Pastuh aku pergi makanm nasi lemak kat malinja..(btol kot ejaan)

Harini pagi2 dah ke rumah sewa, tunggu almari sampai, kemas bilik skit2!omg! harini tunggu almari sampai ssini,(rumah aku di S*******)ingat dah siap pasang.. rupanya kene pasang sdiri,Sebelum tuh aku dah menapak ke GIANT carik extensen! Last2 kene menapak lagi cari TUKUL! gile penatttttttttttttttttttttttt! sabar jela aku, sambil buat almari sambil nanges! sdey sangat.. tak tahu kenapa..

Petang tuh pukul 6.30pm gerak pi Kampung Baru! SOri kakcik, esok ke, lusa ke..aku blanje! harini duit habes untuk beli2 barang dalam rumaa, aku malas nak pimjam ngan orang! susaa sangat kalo pimjam,malam ni nak tidowh je.. aku penat sangat.. menyesal pun ade..arggh tuh je.. esok sambung lagik***!(to be continue)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

29 August

Harini lambat sket gerak ke rumaa sewa, sebab ade mekros kat rumaa, so lepak2 sampai kol 3!hahahha, baru pisana.Kemas dah tak banyak sangat dah,tunggu masukkan baju je lam almari! hahahhaa.. tuh pasal la aku buat lambat2..
pastuh bile time berbuka, aku ajak bf aku sama.. hahahah.. nasib la die nak ka..*thanks B* aku makan kedai2 area rumaa aku je, pastuh lepak uptown then die anta ke LRT.. pastuh balik (lepas raya plak la jumpa die)

30 August

Gerak ke Greenwood, naik bas kat sana ngan kakcik.. bas aku lambat sket,, pukul 10.45 am.. sampai rumaa pun dah dekat kol 7pm! tensen la plak aku ni.. haish... dah la smalam balik sdiri.. ayah aku plak turn rumaa mak tiri aku.. aiyakkkkkkkkkkkkkkkk!tuh je, yang pasti aku membungkang sampai tak bangun sahur..hahhaha

Tuesday, August 17, 2010

Tuesday, August 10, 2010

RAMADHAN DATANG LAGI

Firman Allah S.W.T:
“     “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)     ”

Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
“     " Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."

Kerugian meninggalkan puasa Ramadhan

Pahala puasa Ramadhan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, bukan saja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Yeayy! suka sangat, akhirnya tahun ni dapat saya beepuasa di rumah! finally setelah bertahun2 saya di kota menyambung pelajaran diploma dan degree!hmmm, tahun ni best jugak la,... tapi banyak cabaran..di sini la saya ingin belajar bersabar! selalu sangat mood saya kurang menentu..saya pun tak tahu.. malam ni syaitan dah kene ikat.. saya harap semua apa yang saya buat adalah ikhlas kerana ALLAH, dan di terima NYA.Saya dengan azam baru. ingin membuat semua dengan baik.saya berharap tahun banyak amalam yang baik2 saya lakukan..insyaallah, dan yang paling penting saya nak khatam quran.sdey la bile tiap2 tahun saya tak dapat habeskan...insyaallah tahun ni saya akan usaha habeskan.ya allah, aku memohon kepadamu.. ampunkan dosaku ya allah..
Amin..

 
 

Monday, August 2, 2010

SEBAK

Pagi tadi aku bangun, mengucap panjang aku dengan mimpi aku smalam, tapi bersyukur sebab aku masih hidup!
on ym sekejap sebelum mandi, dah ternampak kawan baik aku (ROSNIZA) dah ym2 pagi2 buta, continue kat office sampaila aku tercakap dengan die," ros aku terasa nak menderma kat rumaa anak2 yatim la.."aku tak tahu nape, ingin sangat nak dekat dengan dorang! hmmm, so lantas die sent something kat aku yang buat aku sebak..

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Bukan niat nak tunjuk alim, hanya sekadar saling mengingati antara kita wahai sahabat-sahabat ku.


Terpulang samada mahu percaya @ sebaliknya , tapi yg buat ana tersentuh adalah tentang kesilapan-kesilapan yg sememangnya pernah kita lakukan…


Rasanya masih belum terlambat buat kita menyesal diatas segala kesilapan lalu.




Apa yang diceritakan oleh sahabat saya ( kisah benar )

Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.

Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.

Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.


Sewaktu beliau koma


Beliau telah didatangi oleh  malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebinggungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.


Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.


Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawan Malaikat "Ya:.

Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat dzohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan dzhor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.

Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menanggis selepas sedar dari komanya.

Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda sekelian.

Apa yang disesalkan:


1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.

2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada saya kalaupun saya mati

3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas. termasuk dengan saya.

4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan

5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.

6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.

7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.

8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.

9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar

10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.


Sahabat:


Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.

Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Harini aku tak kuwa lunch, makan roti bekal dari rumaa, sambil2 diet tertengok satu video klic, ni lagi la sayu..
rasa macam lain, berdebar2 je..

korang tengok la.. bertapa besarnya kuasa allah.. ya allah.. ampunilah dosa aku ya allah, aku bersyukur kerana rezeki MU ya allah.
Ampunilah segala dosa kelyargaku ya allah.
Amin